Tuesday, March 6, 2007

gempa bumi




Saya sedang membuat kerja kursus, tiba-tiba rasa komputer saya goyang.Sedang saya ragu-ragu, kawan saya juga terasa kerusi dan komputernya juga goyang. kita semua mula nak makan tengah hari di tingkat bawah.Bila sampai di tingkat bawah baru tahu orang ramai telah keluar dari bangunan ini. Kemudian kita diberitahu Sumatera telah berlaku gempa bumi. Orang ramai menunggu di luar bangunan ini sehingga diberitahu selamat barulah diizinkan naik ke tingkat yang lebih tinggi. Inilah kali pertama ada pengalaman sedemikian. Alangkah takutnya pengalaman sedemikian.




Monday, March 5, 2007

beban murid sekolah masa kini

Banyak murid kini mengadu kerja sekolah semakin membebankan. Ada di antara mereka tidak mahu menghadiri kelas tambahan sekolah. Ada juga murid yang tidak dapat menyiapkan kerja sekolah harian mereka. Tetapi ada sebahagian ibu bapa murid pula meluahkan ketidakpuashatian mereka kerana anak mereka tidak ada kerja sekolah dibuat jika guru mengurangkan latihan murid. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid-murid dan guru-guru kini?

fast food



kerajaan telah membuat keputusan untuk melarang peniaga-peniaga mempromosikan iklan pada rancangan kanak-kanak bawah duabelas tahun. ini bertujuan untuk menjaga kesihatan kanak-kanak. topik ini sedang hangat diberbincangkan oleh orang ramai. apakah pendapat kawan-kawan?